Latar Belakang
Tarawih
menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan
sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah
sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk
bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat
dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya
jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca
zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga
cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih
dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak
dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah
berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun
beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu
Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni
dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan
mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di
masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya
baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun
semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu
kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah
berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku
tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas
kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat
dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada
tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid,
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam
Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih
boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang
dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang
mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat
berjemaah. Solat terawih termasuk solat
Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan
membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu
[Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan
kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat
Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat
Isyak.
Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut
pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh.
Biasanya di Malaysia, solat Tarawih
dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat
Isyak.
Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan
semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah
Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah
satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap
selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan
menjadi "arbaa raka'ataini".
Kelebihan Sembahyang
Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda
Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih)
dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan
diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
tq 4 sharing kak!
ReplyDelete