Sunday, December 9, 2012

~:: ThE MoRe YoU ReaD ThE MorE YoU DoNT KnOW ::


assalamualaikum,olllsss...
buat masa ni Que memang cenderong & minat pada buku2..
doa saya moga kekalla tabiat baik ni dalam diri dia,amiiinnn :)

sedikit tips yg saya dapat from
 http://karanganpmr.blogspot.com/2011/07/bahagian-cara-cara-untuk-memupuk-minat.html


 Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai car dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

   Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai amalan harian. 
Ibu bapa yang gemar membaca contoh kepada anaka-anak. 
Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk 
anaka-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat 
membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.

   Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh 
membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di 
perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku 
yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering 
diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, 
minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan 
bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan 
sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk 
meminjam buku yang digemari oleh mereka.   Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.   Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.

jom sama2 kita :)

take care,ollsss :)

2 comments:

  1. salam kak.. tq for sharing.. anak2 cma wat mase ni cendenrung menulis dan menconteng.. dah pandai mengeja nnti blh la bca buku... ")

    hai que yg ensem!! :)

    ReplyDelete
  2. Bagus Que minat pada buku.. semoga kekal minatnya hingga dewasa.
    Anak saya x reti lg baca buku, dpt buku baru 1 hari da koyak. Sabar je la..

    ReplyDelete