assalamualaikum,ollsss..
semua dh maklum rasanya tentang kegawatan di Lahad Datu & Sempoerna Sabah sekarang...kita jgk sedia maklum yg baru pagi semalam Malaysia melancarkan offensive actions towards the intruders..
moga2 inila tindakan yg trbijak & terbaik & mampu pertahankan keamanan tanahair.
amin.
sama2 kita ambik masa & kesempatan ini tuk doakan yg trbaik buat negara kita & sedekahkan jgk Al-Fatihah kpd pejuang2 tanahair yg terkorban sebelum ni,inshaaAllah .....
sedikit maklumat yg awal2 dulu diterima namun tidak pulak jelas kesahihannya..
Punca Pencerobohan Tentera Filipina
Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.
Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.
Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.
footnote :
trkenang pengalaman menjenguk my auntie, my uncle & my cousins masa they ollsss tinggal di Lahad Datu berbelas tahun yg lepas..keadaan muka bumi kt sna mmg sgt mncabar & tak dinafikan dlm keadaan mcm ni..mmg bukan mudah nk pastikan yg kita benar2 sudah bebas dari musuh,.
apepun,sama2 doakan yg trbaik,amin.
thanks for the info
ReplyDeletekita doakan semoga keadaan menjadi kembali tenang..inshaallah
ReplyDeletesemoga semuanya kembali kepada sedia kala.. kembalikan keamanan bumi Malaysia.. samalah kita berdoa dan menjaganya..
ReplyDeleteSalam k.immi..
ReplyDeletehuhuh..
degup degap hati ni dok memikir keadaan mereka disana..
cepatlah berakhir.. :(
harap2 semua ini akan berakhir cepat..sama2 lah kit adoakan
ReplyDelete