background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Friday, July 27, 2012

~:: SoMaLian StarVatiOn::~


assalamualaikum,ollsss...
Jumaat yg indah di bulan yg penuh berkat...
sedih melihatkan gambar kt atas tu....
memang sngaja niat saya utk berkongsi rasa itu dgn u olllsss semua...
moga sama2 kita lebih mensyukuri segala nikmat yg terlimpah ke atas diri kita dan pada masa yg sama tak berhenti terus memberi pada yg memerlukan...insyaAllah...

mode : muhasabah diri : marah pada diri sdiri yg wpun dh berjaya meminimakn perbelanjaan di bazar2 Ramadhan tapi masih gagal memastikan semua yg dibeli habis dimakan .... kecewa.. ;(

just nk share : a review on Sapura Idol in NST...jemput jenguk sapura idol

Thursday, July 26, 2012

~::RamAdHan :: Ia BukaN SekAdaR TidAk MakAn ::~




assalamualaikum,ollssss....
akhirnya server kt school ni dah ok....
baru je rectified..just before the school hours ended just now...eheheeh!!!
yelakn..sempat tak sempat pn sy mmg byk on9 kt school compared to kt rumah..klau kt school xleh nk on9 mmgla xbyk yg dpt dibuat...smalam langsungla..saya ke mana miss lappy ke mana,huhuhuh!!ngan my 2 lil fairies..buat ape nk on9 beria kn...dorang lebih menghiburkan,kihkihkihkih!!!

okayla,paham2 jela klau dh servernya baru ok..bnyakla workload yg KIV perlu disettlekn ASAP..
so,xbanyak yg sempat saya share hari ni...

okayla,ollssss...
nanti2 kita catch up ye :))
take care...
selamat berbuka & berterawih :))

Wednesday, July 25, 2012

~::SoLAT SunAT TarAWih::~


Latar Belakang Tarawih 
menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.



Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Solat sunat39.gif

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Tuesday, July 24, 2012

The ArT Of SciEnCe In PhOtoGrAPhY :)

assalamualaikum,ollllsss.....
layankan jela gambor my beloved students...inila jadinya bila diorang dapat conquer my dearly miss lappy :))
apepun, wishing them the best of luck in their trials... :))
semua duk pakat sedih tadi after they had the post mortem on their BM Pemahaman today.....
hope they'll feel better lepas ni :))


















~:: IfTar At SamBAL BIniKu ResTAurAnT @ DamaNSaRa PerDana ::~

assalamualaikum,oolsss...
hari ni sekali lagi saya post new entry waktu tengah bertuition...
klau semalam mmg terover  skit kebizian..hari  ni berkurangla skit..cuma still tak dapat jugak nk blogwalk and update blog gara2 server yg down drpd pagi semalam belum lagi rectified..
sunyila we ollsss dari surfing activities :(

agak stressed jgk sebab keje yg dh sedia menimbun jadi makin banyak plak yg pending..especially email to parents...skali lagi hri ni nak kena hntar dari rumah :(

okayla,enough bout keje yg memang takkan habis and became worse bila2 ada technical problems plak yg mencelahkn..
jom cerita pasal santapan berbuka petang semalam...

bulan Ramadhan saya tak bnyk beza dr segi schedule sbab saya tak cancel tuition classes saya so mmg almost everyday saya akan berbuka dalam kereta on my way home ....
sedih...??alhamdulillah tak pernah lagi rasa mcm tu...mungkin sebab dh terbiasa...dh few years i go through the same thing...
dan mmg kebanyakan masa akan berbuka kt luar atau beli kt bazar klau sempat...

klau ada peluang plak,dapat makan and masak kt rumah..of coursela yg masak tu mr papapapito :))

tapi petang smalam, sy fetched anak2 pn dh kul7 so kbetulan mr papapapito habis keje kul 8, maka saya singgah je beli kueh skit kt bazar yg dekat ngan school anak2,brbuka sambil drive,eheheh!!
then  we ollsss jump je kt 1 restoren yg dekat ngan rumah...

namanya agak lucu tapi the food quite okay...
ada banyak varieties jugakla tapi both of us velum terasa nk makan nasi so we ordered 2 jenis kueyteow je..satu pedas satu tak pedas..boleh suapkan ke my 2 lil fairies :))
 kuey teow tomyam

kuey teow kungfu  

dah kenyang, balik rumah ini jela keje kanak2 ribena berdua ni...

tiba2 angin rindu datang :))
tak sabar nak fetch dorang jap lagi and dengar segala report dari eechaa pasal semua activities dia kt school hari ni..

okayla,ollsss...
selamat berbuka & berterawih :)