background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Friday, November 2, 2012

~:: MaLaYsiaNs : 10tH MosT FrIenDLy ::~

PETALING JAYA — ‘Forbes Online’ telah meletakkan Malaysia di tempat ke-10 negara paling peramah di dunia, berdasarkan penyelidikan ‘Expat Explorer Survey’ oleh HSBC baru-baru ini.

“Kualiti hidup yang lebih baik, kehidupan sosial yang memuaskan, kemudahan pelancongan tempatan dan perumahan yang lebih baik daripada di negara asal mereka membantu meletakkan Malaysia di tempat kelima secara keseluruhan walaupun ramai melaporkan sukar menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan (selalunya kerana halangan bahasa),” artikel Forbes Online melaporkan baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji artikel tersebut melalui Twitter pada Ahad berkata “Kami mengalu-alukan dunia”.
‘Forbes Online’ menyenaraikan Kepulauan Cayman, Australia dan Britain sebagai tiga destinasi utama yang peramah bagi ekspatriat.

Merujuk kajian, artikel tersebut menyatakan bahawa ketiga-tiga negara itu sebagai “paling mudah berbaik-baik dengan penduduk tempatan, belajar bahasa tempatan dan menyesuaikan diri ke dalam masyarakat dan budaya baru”.
Turut dinyatakan, kehidupan ekspatriat di Kepulauan Cayman yang sangat berpuas hati kerana tidak perlu membayar apa-apa cukai pendapatan atau gaji, jenayah yang kurang dan bebas pencemaran, selain musim panas sepanjang tahun.

Kanada berada di tempat keempat, diikuti New Zealand, Sepanyol, Amerika Syarikat, Bermuda, Afrika Selatan dan Malaysia.
Kaji selidik HSBC, yang dalam tahun kelima, melihat kepada pelbagai aspek kehidupan seorang ekspatriat termasuk ekonomi, pendapatan, pendapatan boleh guna dan ukuran kemewahan; keseluruhan pengalaman; dan pembesaran kanak-kanak di luar negara yang melibatkan penjagaan kanak-kanak, kesihatan dan integrasi yang baik.

Turut dinyatakan bahawa ekspatriat yang tinggal di Asia seperti di Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong didapati sukar menyesuaikan diri dengan komuniti tempatan berbanding dengan kebanyakan negara yang menggunakan bahasa Inggeris.
Menurut kaji selidik itu, Malaysia adalah destinasi utama untuk mereka yang didorong oleh kerjaya dan kualiti hidup yang baik tetapi menyatakan bahawa ramai melihatnya sebagai pangkalan sementara.

Sebanyak 5,339 ekspatriat dari 97 negara mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian yang telah dijalankan dari Mei 11 hingga 3 Julai
Sumber-Mstar OnlinePETALING JAYA — ‘Forbes Online’ telah meletakkan Malaysia di tempat ke-10 negara paling peramah di dunia, berdasarkan penyelidikan ‘Expat Explorer Survey’ oleh HSBC baru-baru ini.

Sumber-Mstar Online

footnote:
mood patriotic di hari Jumaat,eheheh!!!

2 comments:

Anonymous said...

ye ke suka2 hehehe

Unknown said...

orang malaysia memang boleh tahan ramahnya..