background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Friday, March 30, 2012

~:: KLCC Was On FiRe ::~










Restoran di Suria KLCC terbakar


2012/03/29

KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil berlaku di sebuah restoran di aras bawah Suria KLCC petang tadi, menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah itu.Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal selepas kira-kira 20 minit.

Petugas keselamatan KLCC mengambil masa 15 minit mengeluarkan orang ramai dari pusat membeli belah itu sebelum ia ditutup untuk kerja pemadaman api dan pemeriksaan keselamatan.



KUALA LUMPUR: A fire broke out at the Suria KLCC shopping complex earlier this evening, forcing some 5,000 people to be evacuated.



Office workers and shoppers in the area were among the first to report on the fire via Twitter, including posting photos of smoke billowing from the building.
Federal Territory Fire and Rescue Department assistant director Azizan Ismail said the fire started in the kitchen of a restaurant, situated at  the concourse level.
“It was a small fire but the smoke made it  look like a big one,” he told reporters.
Four fire engines with 30 firemen arrived at the scene after receiving the call.
The fire was put out at 5.48pm.
He said no one was injured in the incident  and the cause of fire is being investigated.


sources : bharian & NST

Thursday, March 29, 2012

~:: TuPperWArE :: NeW Kit BaG ::~






assalamualaikum,ollsss...

agak lama share news pasal my tupperware biz kn?
alhamdulillah...stakat ni mmg sentiasa ada order especially via FB and frensss and colleagues :))

March orders xsempat nk upload lagi gambor & story2..insyaAllah menyusul..last week tupperware buat record party :))..i was there & we had so much fun..saya dapat sampai 3 lucky draw gifts & door gifts lagi :))..alhamdulillah..rezeki lagi :))


okay,pasal new membership kit...


Untuk menjadi ahli, anda hanya perlu membayar 

RM70.00 dan kesemua barangan di atas akan 

menjadi milik anda.



DAN, anda boleh membeli kesemua barangan 


Tupperware dengan diskaun sebanyak 20%.


Istimewa untuk new member, sekiranya and a 


membeli barangan sebanyak RM150 (retail price) 


dalam bulan pertama keahlian, melayakkan anda 


menerima hadiah dari saya :))







kindly pls leave comments or email me at miesz82@yahoo.com 
SMS me at 60132007409 IMI
for further details and best PRICE :D

Wednesday, March 28, 2012

~:: OuR CuTie Que :: DinNer TimE ::~



assalamualaikum,ollsss....

hari ni tak sempat nak update ape2 kt blog gara2 busy 
meng'key in' exam marks :((

layankan jela gambor Que bermharajalela dgn roti feberetnya...

bawah ni plak gambor bila kakak aka eechaa mula meng 'enter frame' kn diri,ngeheheh!!! 





okay,ollsss..till we meet again..take care :))

~:: QuOtE oF d DaY # 2 : BeInG HaPPy::~



source :medikTV

Tuesday, March 27, 2012

~:: DaRusSyiFa : ISlaMIc MeDicAtIoN CenTre ::~



assalamualaikum,ollsss....

ape kabar semua hari ni..saya agak kelam kelibut hri ni..in the midst of sorting out so many things..:((

ape pun,another entry yg dh lama terperap baru nk di post ni..takpelakn :))

just nak share kepada yg tak aware ataupun mgkin terlupa...kalu tengah suffer from any 'unknown' disease, health problems or even emotional problems...besides undergoing modern medication..kita ada lagi 1 alternative yg pada saya tak doubtful jugakkn :))

last school holiday,saya berkesempatan bawak my family ke Darussyifa Shah Alam...untuk ape???sape sakit???ada masalah???

alhamdulillah...takde benda yang perlu dirisaukan..ke sana yg utamanya nk jumpa sorang ustaz yg bertugas kt sna..for personal matters..:))

lepas tu ambik peluangla jalan2 sekitar Shah Alam..dah agak lama tak jejak ke sana  ever since my beloved sis moved to our house :))

layankan jela gambor2 we ollls kt sana..pegi tmpat macam tu pun sempat bergambar,ngeheheeh!!!
ape boleh buat..tempat tu scencerynya indah bersih & nyaman... :))














bergerak tinggalkan Darussyifa..perut we ollsss semua ala2 berkeroncong plak..gara2 petang itu sangat redup & drizzling skit :P

so..singgah jap kt satu cafe kt PKNS Complex...adduuuhhh,ampunnn!!langsung xleh nak recall ape nama cafe tu...





overall...the presentation of their food takla menarik sangat yet the taste is pretty good :)) 

dah kenyang,..gatal plak kaki nk nyeberang ke Plaza Alam Sentral..
DUSSSHHHH!!!ada Anakku Sales plak..,ngehehheh!!!SHOPPING TIME!!!




okaylaa...dh penat jalan2 & shopping2...singgahla kt MasJid Shah Alam yg tersergam indah tukn...dapatla
solat Asar...& sambung skali ngan Maghrib berjemaah..alhamdulillah..rezeki2.. :))  



okayla dulu..till my fingers meet the keyboard again..take care :))





Monday, March 26, 2012

~:: FaRIs PetRA AluMni HoCkEY TeAm IS d CHaMPioN !!! ::~






assalamualaikum,ollssss...

ingat lagi tak entry saya yang ini ????
so,above is d trophy that they won :DDD

alhamdulillahhhh...berbaloi-baloila berkampung spanjang weekend kt UIA :)))
WEEE ARRREE THE CHAMPION,MY FRIEND........(nyanyi ye,dgn nada yg spatutnyaa,ngeheheeh!!!)


kt bawah ni gambor all players..

and gambor yang paling bottom gambol sebelum semi-final game VS ex-SAS....






perggghhhhh!!!SUPERBBBBLAAAAA papapapito & d gang!!
CONGRATULATIONSSSS...AND CELEBRATION...!!!(yg ni pn kena nyanyi,eh...kihkihkihkih)


okayla,u ollssss...nti jumpa lagi..insyaAllah...

oyaasuminasai ..:D







~:: Mr PApApApiTo iS in His 3 SerIes ::~




assalamualaikum,ollssss...

hri ni mr papapapito's bday,ngeheheheh!!!!

kt atas tu gmbar a very small treat for him today :P

and insyaAllah akan ada bday present skit..bru nk g ambik dr bestie yg baru balik dr Vietnam...ngeheheeh!!!jauh bbebenor plak dtgnya hadiahkn..xpela,..spesel skit..kta dh 3 series..ngeheheh!!!

okayla u olllss dh nak balik ni...xsabar ,kihkihkih!!!

take care :))


~:: 2012 EarTh HouR ::~




assalamualaikum,ollsss...

just nk highlight what's upcoming event this weekend :))

jom kita pakat bergelap,ngeheheheh!!!boleh ke agak2...ever since ada earth hour rumah saya mmg bergelap..kesnya..kitorang slalunya away from house at that hour,ngeheheeh!!!

oh,ye..boleh check official video kt sini
nanti kita jumpe lagi,ye :))

Sunday, March 25, 2012

~:: Ke ArAh MenJadI WanIta SolEhaH ::~



















Peringatan utk diri sendiri juga!!sama2 kita muhasabah diri...dipetik dari perkongsian oleh seorg sahabat di FB :))

Assalamu'alaikum wr wb ... 

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut: 

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. 
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". 

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu.. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami." 

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 
1. Banyak beristighfar 
2. Banyak bersedekah. 

Keterangan: 
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah: 

Contoh 1 
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita 
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah. 

Contoh 2 
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah 
ditunaikan oleh suami. 

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). 

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] 

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. 

Fadhilat beristighfar: 

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. 

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" 

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk: 

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda 
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya 
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" . 

2. Memberi salam. 

3. Memaniskan wajah. 

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Manis kan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.








Saturday, March 24, 2012

~:: FaRiS PetRa BaCK to ScHooL BTS 2012::~

assalamualaikum,ollsss...
ape program tuk weekend ni?
me & my family insyaAllah akan bertandang ke UIA...dh lama jugak tak ke sana..dolu2 zaman belajar kt UM ada jugak pegi sna few times jmpa kengkawan yg blajor kt sna....

nk pegi sna sebab mr papapapito akan represent our FARISIANS ALUMNI tuk hockey games sekola2 berasrama katanya..








sebenrnya we both agar trkilan sbb this weekend jgk ada prog yg sgt best kt our beloved school SMSTMFP...my FIL pn col rumah last nite..tnya kot2 we oll balk kg tuk prog tu...unfortunately takde rezeki sbb khidmat mr papapapito lebih diperlukan kt UIA nti...lgpun my grandma is now admitted kt hops putrajaya..so kenala ambik peluang weeknd ni gi ziarah dia..

anyway,what's happening in Faris Petra?
nilaa diaaa...





malam tadi plak tgk gambor ni kt grup page...sobsobsob....bestnya dorang balik reramai..charter  train coach lagi..






huwaaaa!!!bestnya!!!i wish!!!

antara prog yg dh diatur ...








uhuhuhu!!!wahai kengkawan & adik2...


korang dok rindu ko nok makae dalae tray ni...iskiskisk....



and d news spread all over kelantan & even in d newspapers :D






dah tu siap ada jersey lagi.....

uhuhuhu!!!harap2 nanti akan ada lagi event seumpama ni....sangat rindu ngan cikgu2 ngan kengkawan semua..sobasobsob..selalunya klau blik klantan mmg xmiss 'jenguk' sekolah,..tapi tak sama :(

uhuhuh!!!moga dipanjangkn umur & ada rezeki utk join klau ada lagi lain kali..amiiiinnn..:))







Friday, March 23, 2012

~::Rita Rudaini Simpan Kepedihan Demi Anak-anak::~

assalamualaikum,ollsss...

saya tgh blogwalking & baca news online..trjumpa artikel ni....

bukan niat saya utk sama2 membusy bodykn diri pasal rumah & tangga this famous actress..cuma mungkin nk ajak kengkawan sama2 doakan kesejahteraan & kejernihan rumah tangganya..demi masa depan anak2 yg masih kecik..

moga segala kekusutan dapat dileraikan dengan baik & tidak mengabaikan mana2 pihak..insyaAllah :))





sumber : mingguanwanita






~::7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI::~





 assalamualikum,ollssss...info ni dikongsikan oleh sorang sahabat di FB saya..boleh jugak dijadikan idea utk update di hari Jumaat yg indah  ni :))














C1. CABAR 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.



C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2... 



C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.






begitulah serba sikit huraian oleh our very famous motivator,dr fadhilah kamsah :))


jom kita sama2 muhasabah diri..semoga kita selamanya terhindar drpd sifat2 ni...


utk abg2 suami plak..andai ditakdirkan wanita yg anda kahwini memiliki mana2 sikap kt atas tu...jnganla terus mnghukum & membenci..bukankah tugas suami utk mendidik isterinya :))





personally,suami saya jenis yg xbyk cakap...jrg jugak dia menghitung kekurangan saya..tp xbrmakna saya ni isteri yg sempurna..dia jugak jarang memuji...tp xbrmakna saya ni isteri yg sangat banyak cacat celanya...ape[un,kami bahagia apa adanya..alhmdulillah..& ada 1 yg prnah suami ktakan pd asaya..yg akan saya kenang dgn harapan sikap ini akan kekal aada diri saya..

situasinya:



mcm kebiasaan mr papapapito suka bawak anak2 keluar pada awal2 dia dapat gaji..keluar tnpa saya ye,kengkwn..mmg saya kagum kesabaran beliau melayan anak2..time ni beliau akan beli barang2 utk anak2 & saya & diri dia sndiri...

bila saya menyusul selalunya mmg semua dh setel..& mmg akan selalu surprisekn saya dgn ape yg dh dia beli utk saya..wpn xmahal @ xbrjenama..saya sangatttttttt brterima-kasih & spontan jgk saya selalunya akan cakap.."tapiii..mama x mintak pon ..."then he would reply.."nk tnggu mama mintak,bilaa... "

so,drpd situ saya tahu ..di mata suami saya..saya isteri yg  TAK SUKA MEMINTA-MINTA..

alhamdulillah klau benar bagai dikatakn...siapa yg xsuka dimanja2kn secara material ye,kengkawan..tapi saya berpijak dibumi yg nyata..saya mmg bukan isteri yg sempurna...suami saya juga begitu..yg penting kita sentiasa mncuba utk jdi hampir sempurna..cukupla jika beliau mampu mnghulurkan nafkah yg wajib..yg lain2 klau beliau bagi..biarla dgn keihklasan ..bukan paksaan @ tuntutan..

insyaAllah..moga sama2 jadikan panduan & pedoman :))