background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Saturday, August 31, 2013

~:: DonaTiOn FoR SuRaU aL-AmiN SMK MerU kLanG::~






saya akan lekatkan entry ni utk sepanjang tempoh 

yg saya rasa mungkin perlu....

silala scroll ke bwh utk terus mengikuti cerita2 

merapu sy seperti biasa,eheheh!!!








assalamualaikum,olllsss....

di hari mulia bulan mulia ni saya nk ambik kesempatan menghulurkan bantuan seberapa yg saya mampu terhadap kutipan derma seperti yg u ollllssss nampak kt pic above.

di kongsikan maklumatnya oleh my schoolmate, Zura yg pernah sy temui dalam entry saya yg ini :)




beliau merupakan seorang guru di sekolah tersebut....

mohon jasa baik & kemurahan hati kalian yg sudi supaya mungkin dpt sama2 beramal jariah dlm peluang yg sekali-sekala datang & tak perlu kita ragui genuinitynya inshaaAllah...


untuk ape2 pertanyaan u olllsss boleh terus hubungi beliau di FB nya Zuraidah Ibrahim atau mungkin dpt terus ke link ini :)




sedikit petikan daripada beliau :)

Assalamualaikum wbt...

Sempena Bulan Ramadhan yang Mulia ini, saya dengan rendah diri ingin memohon sumbangan derma bg pembinaan SURAU AL-AMIN, SMK MERU, KLANG. Untuk pengetahuan semua, jumlah pelajar SMK MERU adalah seramai 4000 pelajar. Jumlah Pelajar sesi petang sahaja hampir menjangkau 2000 pelajar. Untuk sembahyang Zohor dan Asar, walaupun sudah digilirkan antara pelajar Tingkatan 1 dan 2, namun ada pelajar yang bersembahyang di luar surau. Jadi dengan sumbangan ini, saya berharap, Surau Al-Amin dapat dinaiktaraf. Sumbangan anda amat dihargai. Untuk kawan2 yang sudi menderma,Kupon ada RM5 dan Rm10. Boleh pm sy. Sy akan berikan no akaun.

"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yg bermanfaat dan doa anak yg soleh" Hadith Nabi s.a.w




sesungguhnya tangan yg memberi lebih baik dari 

yg 

menerima....dan jika dilimpahkan rezeki dan dapat 

kita selalu memberi...biarlah hanya Allah yg 

tahu...ibarat tangan kanan yg menghulur..

tangan kiri 

tidak tahu menahu:)


okay ye olllsss....


JIKA U OLLLSSS MENGHADAPI KESUKARAN NAK 

MENGHUBUNGI BELIAU ATAU TERASA SEGAN 

DENGAN BELIAU... BOLEHLA MENJADIKAN SY SBG 

PERANTARAAN,...

INSHAAALLAH SEGALA NIAT YG BAIK AKAN 

DIPERMUDAHKAN ALLAH :)


saya akan lekatkan entry ni utk sepanjang tempoh 

yg saya rasa mungkin perlu....

silala scroll ke bwh utk terus mengikuti cerita2 

merapu sy seperti biasa,eheheh!!!


till we meet again, take care olllssss....


Yours Truly

Thursday, August 29, 2013

~:: LakSa JoHoR::~



assalamualaikum,olllssss...

dua tiga hari ni mmg kt our staff room we ollsss ni meriah sangat ngan jamuan makan2 :)

smalam ada jamuan hari raya utk teachers tapi saya langsung lupa nk ambik gambor :P

semalam ada lagi tapi yg kecik2 je...tp sgt meriah jugak...menjamu Laksa Johor kaedahnya :))


jomla layankan pics nya ye :)





inshaaAllah hari ni ada roti jala plak :))


nti sy sharekan gambornya ye :)



till we meet again, u ollllsss take care ye :)


Yours Truly

Wednesday, August 28, 2013

~:: PuLuT DuRiaN ::~



assalamualaikum,ollsss...


mula2 sekali...sangatla rasa brsalah sbb dh lama xmnjenguk rumah2 u ollllsss...

rumah sndiri pun sgtla trbiar lately ni kan :(

kebetulan jgk dlm keadaan diri yg limbo teruk 24/7 ni byk plak tasks yg perlu di acoomplishkan .....


doa2kn saya ye ollllssss :)


just a quick sharing pasal last weekend...

kami adik beradik trmasuk BIL balik ke Lipis mnjenguk Umi & Aboh sambil2 memulun durian :)




sebahagian durian yg menyambut ketibaan kami di awal pagi tu kt depan pintu rumah :P

belum masuk lagi yg musang king memenuhi segenap ruang dapur rumah :P



yg saya idam2kn segera dapat ditunaikn :)

ape lagi..the famous sempoi pulut durianla :))



okay ye olllssss...

till we meet again,take care olllsss :))


Yours Truly

Thursday, August 22, 2013

~:: SumBanGaN KemAnuSiaAn Di MesIR::~


assalamualaikum,olllssss....


salam Khamis...

niat asal nak sambung cerita raya ke2 saya tangguhkan dulu ye...

mood tak berapa nak to the ultimate nk cerita yg seronok2 sedangkan saudara kita di bumi Mesir sana sedang merana ;((((

inshaaAllah,sama2la kita bantu ape yg trmampu u ollllsssss :))


mungkin dapat kiranya kita dapat berikan sedikit sumbangan and panjatkan la doa kepadaNya malam ni waktu kita sama2 baca Yassin nanti,inshaaAllah ....




untuk pengetahuan kita bersama...mungkin ada antara kita yang belum terang tentang hakikat kejadian sebenar......




saya mmg copied and pasted dr FB wall je...tapi mmg banyak points nya yg penting2..sudi2kanla luangkan sedikit masa utk baca ye olllssss :))

Apa sebenarnya berlaku di Mesir...??

Assalamualaikum... semalam saya dapat menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh guru saya, Al-Fadhil Ustaz Hanif Haron.. beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Kaherah. Beliau salah satu daripada dua orang anak Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir. Semalam merupakan kuliah bulanan pertama yang diadakan. Pembacaan kitab belum disyarahkan dan semalam lebih kepada kepada kuliah umum..

Beliau menceritakan apa yang berlaku di Mesir sekarang dan dari mana puncanya. Semasa pemerintahan era Hosni Mubarak dan pemimpin sebelum beliau, rakyat Mesir hidup dalam keadaan yang amat2 serba kekurangan. Kehidupan mereka seolah2 tidak mempunyai ketamadunan. Mereka hidup secara melarat. Mereka membuang air kecil secara ikut suka di tepi2 jalan. Mesir merupakan negara yang kaya. Hasil daripada sektor perlancongan sahaja mencecah berbilion2 ringgit. Bahkan hasil daripada kapal2 yang lalu melalui Terusan Suez juga mencecah berbilion ringgit. Akan tetapi, rakyat hidup dalam keadaan miskin. Sumber kekayaan tidak diagihkan kepada rakyat. Rakyat yang miskin dan tidak mempunyai rumah tidur di tepi2 jalan sahaja. Kekayaan yang diperolehi oleh Mesir hanya dikecapi oleh barisan pemimpin dan kroni Mesir.

Permulaan daripada protes yang berlarutan sehingga sekarang adalah bermula daripada pengumuman kerajaan Mesir untuk menaikkan harga roti. Roti itu pula dikecilkan saiznya. Asbab inilah yang menjadi rakyat Mesir hidup dalam keadaan makin mendesak. Roti merupakan makanan asasi bagi rakyat Mesir. Selama 30 tahun rakyat Mesir hidup dalam keadaan tertekan. Jika dahulu, kita lihat Presiden Mesir menang 99.9 % undi. Sebenarnya itu adalah satu pembohongan. Bagaimana mungkin rakyat yang hidup menderita masih memelih kerajaan yang zalim untuk menjaga hak dan kebajikan mereka...?. Kerajaan Mesir juga menipu dalam pilihan raya sehinggalah pada pilihan raya tahun lepas diadakan secara demokrasi dan kemenangan telah terbukti yakni parti Ikhwanul Muslimin menang dan berjaya menjadi kerajaan.

Dunia luar melihat Mesir sebagai negara Islam walhal bukan. Negara Mesir sebelum pemerintahan Dr Morsi adalah negara yang mengamalkan sosialis dan liberal. Pemimpin Mesir pada waktu itu memisahkan agama dan kehidupan. Berbalik semula kepada protes yang mula2 dianjurkan. Protes bermula akibat kenaikan harga roti yang mana roti tersebut dikecilkan saiznya. Rakyat Mesir mula keluar berdemotrasi pada Hari Polis Mesir dengan membawa al-Quran tanpa ADA SENJATA SATU PUN.

Bermula dari situlah bermula kebangkitan rakyat Mesir sehingga jatuhnya Hosni Mubarak dan kuasa rakyat dikembalikan. Dr Morsi diangkat menjadi Presiden yang baru melalui pilihan raya yang berdemokrasi. Namun belum pun sampai setahun, pihak Amerika dan Israel terasa kebimbangan dengan Mesir. Mereka bimbang akan bangkitnya Islam secara Khalifah. Sekiranya dibiarkan, Palestin akan bebas, Syria akan bebas dan masalah dunia Islam lain akan bebas. Sehinggalah pihak Yahudi dan Amerika menawarkan habuan yang tinggi kepada tentera Mesir. Apabila berjaya digulingkan, pihak Amerika dan Yahudi menawarkan ganjaran kepada Fatah As Sisi yakni Presiden Mesir pada waktu ini. Asbab itulah, As Sisi bertindak kejam dengan membunuh rakyat yang pro Morsi agar kebangkitan Islam tidak dapat diteruskan. Rakyat Mesir pada waktu ini keluar tanpa mengeluarkan apa2 senjata pun tetapi kerajaan Mesir mendakwa mereka mempunyai senjata. Bagaimana?? Ambulan yang datang untuk mengambil peserta yang tercedera kerana tembakan sebenarnya dipandu oleh Polis Mesir. Di dalam itu, terdapat senjata tanpa peluru yakni bertujuan untuk mengaburi dunia luar dengan menyatakan rakyat Mesir keluar dengan senjata walhal tidak pun.

Semoga pencerahan yang amat bermakna ini dapat disebarkan. InsyaAllah.. Marilah kita mendoakan agar Islam menang dan rakyat Mesir mendapat keadilan dan nasib mereka terbela.

Arm Haji Abdullah (Mohammad Zamri Bin Abdullah)
Pray For Mesir, Syria, Gaza

Wednesday, August 21, 2013

~:: CoRat-CoReT 2013 EiDuLfItRi : 1434H SyaWaL::~





assalamualaikum,olllsssss,.....

salam rabu yg ceria buat semua inshaaAllah :))

okayla...hari ni akhirnya settle upload semua gambor raya :)))


eheheheh!!!

syok sndirikn?budget u olllsss trtunggu2 sangat :P



jomla layankan je ye olllsss...


susunan pun dh caca marba :P

sekejap gambor bersalam2..sekejap gambor berjalan2 raya ,eheheh!!!

redha jela ye olllssss :P


dh tak berdaya nak menyusun sebenarnya..dh pening2 lalat :P



pagi2 dapatla sama2 tunaikan solat sunat Eidulfitri ngan mr papapapito :))

sesi bersalam-salaman :)
















okay...dh terselit gambor berjalan2 raya plak,ahaha!!!











okay....hadapla kembali gambor bersalam2an yg tak habis2 lagi tadi tu :))











santapan kami sekeluarga pada hari yg mulia itu :)



nasi dagang masakan Umi & nasi impit masakan my aunty :)




























okay la ye olllsss....

maaf kan ala saya dia atas segala kecacamarbaan entry hari ni ,uhuhuh!!!


u olllssss take care ye:)

till we meet again :)

Yours Truly