assalamualaikum,olllssss...
semoga sihat2 & sentiasa ceria je semua...
teringat malam tadi trpandang gambor ni kt one of my friend's FB wall...
teringat jgk intipati dlm satu topik kt radio..yg sy dengar when i was on my way to school...
kisah bersedekah,pahala bersedekah..pentingnya bersedekah & status keberkatan suatu sedekah tu...
teringat jgk pernah satu ketika..waktu saya & Aboh ( my respected father) bersembang...sy ada brtanyakan pada beliau...gara2 hati sy selalu berbolak-balik melihatkan para peminta sedekah di tepi2 jalan @ di pasar2 yg selalu saya jumpa..tanya saya pada beliau wajarkah kita bersedekah pada mereka walaupun kekadang kita lihat daripada segi penampilan..kekurang upayaan yg 'ditonjolkan' kurang meyakinkan..lagi menarik...pakaian mereka trlihat lebih mahal & meriah drpd apa yg sy sendiri pakai.. ;(
lalu jawab Aboh..berbalikla pada niat,along..sekiranya along benar ikhlas ingin memberi..berila dgn redha & tawakkal..selebihnya serahkan segalanya pd yg Esa..Dia yg Maha Mengetahui & berhak menilaikan...
dan pagi ni sy trbaca blog amalansedekah.blogspot.com ...
mungkin boleh sama2 kita teliti & selusuri segala yang berkaitan dengan sedekah...
semoga sama2 dapat kita tarbiyyahkn diri.....
mungkin kita boleh mulakan dengan menyumbang kepada adik Adam ni...
insyaAllah :)
Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya.” (al-Bukhari dan Muslim)
Sebaik-baik sedekah ialah apa yang melebihi keperluan dan mulailah dengan orang yang kamu tanggungi (ibubapa, keluarga dan sebagainya)
3 comments:
cantik2 kaler dia ye
silap komen dah, doakan yag terbaik untuk adik ini ye!
tq kak...info yg sgt berguna...
Post a Comment