Bulan Ramadhan al – Mubarak xlama lg akan sekali lagi
mengunjungi kita,alhamdulillah..syukur pd nikmat Allah..masih dipanjangkn usia &
brpeluang utk melipatgandakan lg amal ibadat
Cuma...dlm hati ada sedikit kerisauan tentang breastmilk
production...
Tambh2 sekrang ni dh pun Bulan Rejab and akan menyusul plak
dengan bulan Syaaban yg punya sgt byk fadhilat trsendiri...
Jenguk- jenguk pd keistimewaan berpuasa pd kedua2 bulan yg
mulia ni buat aku rsa mcm...why dont i try puasa dlm bln2 ni for trial...so blh
jgk aku observe perubahn pd milk production...bolehla dijadikan panduan utk
lebih bersedia mghdapi bulan Ramadhan..semoga di permudahkn..amiinnn..:)
1st of all..jom nk share sikit fadhilat berpuasa pd bulan
rejaB..
Rasullullah s.a.w.
bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40
tahun dan diberi minum air dari syurga”
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti
mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan
parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun
perjalanan)”
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan
beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan
baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika
terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang
amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan
dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah
dajal pada hari Kiamat.”
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada
azab kubur.”
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup
daripadanya 7 pintu Neraka.”
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari
kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2
sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan
menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap
satu batu.”
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama
seperti berpuasa 100,000 tahun.”
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat
melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama
menziarahi Allah didalam Syurga.”
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina
baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan
segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal
daripda umurnya (pembaharuan umur).”
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan
dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari
dahaga pada hari Kiamat.”
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya
seperti berpuasa sebulan pahalanya”
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan
Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin
pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus”
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah)
diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”
Sekianla banyaknya kelebihan berpuasa di bulan
Rejab....teringin sgt2 nk puasa..insyaAllah..boleh mula2 cuba..xla terkejut sgt
msa bulan Ramadhan nti..:)
Berikut fadhilat
bulan Syaaban plak.....
Sabda Nabi S.A.W :-
Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan,
siapa berpuasa tiga hari
daripada
bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka
puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya
baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah
tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam
syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah
atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam
kubur,
dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari
qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir
khamis
daripada
Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
‘Bahawa
malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul
Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang
malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari
dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam
orang :- Orang yang kekal minum arak.
Orang yang
derhaka dua ibubapanya.
Orang yang
kekal dalam zina.
Orang yang
banyak berkelahi.
Orang yang
melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang yang
memperlagakan orang supaya berkelahi.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad
S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu
kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku
daripada umat Muhammad S.A.W.
Ok,kt sni Ada doa sikit yang boleh dibaca
dalam bulan Rejab
Memandangkan tengah plan nk belajar2 puasa
bln ni..so ada surveyed skit2la psal tips yg pnting2 utk ibu menyusu
MENGIKUT saranan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kalori yang diperlukan oleh seseorang ibu
yang menyusu adalah sebanyak 2,700 kcal setiap hari untuk enam bulan pertama
dan 2,950 kcal selepas bayi berusia enam bulan ke atas.
Bagi seseorang wanita yang tidak hamil dan tidak menyusu, keperluan kalorinya
adalah sebanyak 2,200 kcal setiap hari.
Penyusuan memerlukan banyak tenaga. Selain daripada pemakanan, tenaga ini juga
datangnya daripada lemak-lemak yang terkumpul pada ibu ketika hamil.
Dengan itu, menyusu badan adalah salah satu cara untuk mengurangkan berat badan
selepas bersalin. Lemak yang terkumpul ini akan habis digunakan dalam masa enam
bulan penyusuan sepenuh masa.
Oleh sebab itu secara teorinya, keperluan kalori selepas enam bulan bersalin
meningkat kepada 2,950 kcal. Penambahan tenaga ini perlulah diperoleh daripada
pemakanan dan minuman sehari-hari.
Secara praktiknya, seseorang ibu masih boleh menyusui anaknya walaupun
pengambilan pemakanan tidak mencukupi kalori yang diperlukan.
Kajian terhadap ibu-ibu di Gambia dengan tenaga yang didapati hanyalah sebanyak
1,474 kcal sehari, mereka masih berupaya untuk menyusui bayi mereka secara
jayanya untuk masa yang agak lama walaupun pengambilan pemakanan tidak
mencukupi pada musim kemarau.
Keadaan ini boleh berlaku kerana ibu yang menyusu menggunakan tenaga yang ada
dengan sebaik mungkin untuk manfaat kepada bayi yang sedang disusukan.
Dalam keadaan ibu menyusu dan masih ingin berpuasa, kemungkinan besar ia boleh
dilakukan. Bagaimanapun, jika pengeluaran susu berkurangan, ibu dibenarkan
untuk berbuka puasa.
Puasa yang ditinggalkan perlu diganti semula pada hari-hari lain. Ramadan
adalah bulan penuh rahmah dan barakah. Seseorang ibu yang tidak dapat berpuasa
tidak bermakna dia tidak boleh melakukan amalan lain seperti berzikir, bersolat
dan membaca al-Quran bagi menyemarakkan Ramadan dan berharap kepada ganjaran
pahala dan keampunan.
Salah satu cara untuk mengatasi kekeringan susu ketika berpuasa ialah dengan
memerah susu sebelum Ramadan tiba dan menyimpan perahan susu di dalam peti
sejuk.
Tempoh penyimpanan perahan susu adalah seperti berikut:
Satu hingga dua hari jika disimpan di dalam peti sejuk.
Dua minggu jika disimpan di ruang sejuk beku di dalam peti sejuk.
Tiga bulan jika disimpan di dalam tempat sejuk beku dengan pintu berasingan
daripada peti sejuk.
Enam hingga 12 bulan jika disimpan di dalam tempat sejuk beku yang berasingan.
Perahan susu mestilah disimpan dalam botol yang bersih dan ditanda tarikh
perahannya supaya perahan susu terawal digunakan terlebih dulu.
Perahan susu yang dibekukan ini perlu dicairkan dengan merendam botolnya dalam
air suam (bukan mendidih) sebelum diberikan kepada bayi.
Jangan sesekali menggunakan ketuhar gelombang untuk mencairkan susu yang beku
ini. Perahan susu ibu yang sudah dikeluarkan daripada peti sejuk dan dipanaskan
perlu dibuang jika tidak diminum dalam masa satu jam.
Ibu yang menyusu perlu memastikan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
Begitu juga, keperluan cecair adalah sekurang-kurangnya dua liter setiap hari.
Cecair perlu diambil sebanyak mungkin selepas berbuka puasa hinggalah pada masa
tidur.
Sumber Dari : Berita Harian Online
Semoga aku berjaya
melaksanakan ibadah ini dengan jayanya
Amiiiiiiinnnnn..