background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Tuesday, July 31, 2012

~iFtaR @ MAyAnG OasIS FooDcouRT, PeTALinG JaYA::~

 assalamualaikum,oolllssss...

seumur hidup saya...saya percaya sama dengan u olllssss juga..kita memang sangat menghargai sahabat...sahabat yg saya maksudkan adalah kawan2 dr sekolah,uni & tmpat kerja yg sanggup jatuh & bangun bersama saya...saling memberi & menerima..yang saya kasihi seperti saya mengasihi darah daging saya sendiri...

note : mr papapapito juga pernah jadi seorang sahabat,masih juga seorang sahabat..insyaAllah selamanya :)

alhamdulillah...walaupun dalam hidup ni saya tak mewah dari segi material ..tapi saya percaya Allah sntiasa menunjukkan kasih sayangnya kpada saya dengan mengurniakan saya ramai sahabat yg ikhlas dan tidak bersama saya hanya kerana saya punya 'sesuatu' yg boleh ditumpang....

doa saya semoga keakraban dan kasih sayang ini kekal selama2nya...

Jumaat yg lepas, saya brjaya jugak lepaskan rindu pada sahabat2 yg sama2 mengajar kt BSI dlu...
lebih brmakna lagi..we olllsss beriftar sama2 kt food stall milik one of my ex-colleague jgk :))

klau dulu saya hanya ke Taman Mayang utk santap kt William's ( org PJ should know what i meant :) )....so skarang we ollss dap at support our fren's biz plak...
he also serves western food kt sna cuba of course tak sebesar portion William's..

okayla,ollssss...let the pics do the talking,ye :))



ada macam2 western food menu kt sni...the most recommended are : the Lamb Chop , Garlic Rice & Salmon Grilled and Maryland Chicken Chop :)



sebelum iftar, we olllsssss sempat jenguk BAzar RAmadhan feberet mr papapapito kt Stadium Shah Alam  :))
 Oshin the Mango Juice yg sangat sedap 
and my feberet kebab :))

 okayla,ollllsssss...
till my fingers meet the keyboard again :))


Selamat Berpuasa, Berbuka & Berterawih :))







Monday, July 30, 2012

~IfTAr @ The StrEeT CaFE, BesT KorEAn FooD in TowN ::~

 assalamualaikum,ollssss...

sepanjang Ramadhan ni nampak gayanya kita akan banyak berkongsi cerita makan,makan dan makan jela,uhuhuhuh!!!padahal sepatutnya bulan ni bulan utk kurangkan makan,dh jadi terbalik plak..eheheheh!!!takpela,btw saya most probably akan hanya sharing tempat2 we ollss  jejak utk breaking of fast jela,kihkihkih!!!

anyways..kt atas tu gambor my dearly sis yg dh 2,3 hari demam...then of course it led to loosing appetitekn..so hari Sabtu hari tu sy bawakla dia ke eatary  yg dh lama dia duk sebut2 nk try....since dia sangat mabuk nengok korean movies...so she is also eager to try korean cuisine...so saya layankan jela...she was so happy when i told her nk belanja dia makan kt situ..:)
alhamdulillah..memang betulla agaknya kemaruk orang demamkn...lepas pekena the famous Kimchi Soup terus dia makan tak brhenti,kihkihkih!!!
personally,sy pn suka ngan Kimchi soup tu...overall sy still prefer Japanese food..wpun mmg tak bnayak sangat bezanya...tp still sy prefer Japanese not only because i am a big fan of Takuya Kimura,ahhahahah!!!

okayla...let the pics do the talking,ye...
the cutest waitress in the universe was jotting down our orders,ahahah!!!

this lil cute young man couldn't tahan his hunger already,kihkihkih!!!

pear juice,kiwi juice and the best and thirst-breaking one...
the Honeydew Chocolate :))






                                            our food :)) 
the Bulgogi Bibimbap ( yg ada Kimchi Soup tu) and BBQ Chicken Stix :))
 my lalling Eechaa enjoyed her Glass Noodle...verrrryyyy muchhhhhh!!!!
my lalling EEchaa fed me :D 
 some of the fascinating deco :)
 bawak dorang lepak kt upstairs semntara we both gilir2 pegi toilet and solat..



okayla,olllsss....
till my fingers meet the keyboard again :))










Friday, July 27, 2012

~:: SoMaLian StarVatiOn::~


assalamualaikum,ollsss...
Jumaat yg indah di bulan yg penuh berkat...
sedih melihatkan gambar kt atas tu....
memang sngaja niat saya utk berkongsi rasa itu dgn u olllsss semua...
moga sama2 kita lebih mensyukuri segala nikmat yg terlimpah ke atas diri kita dan pada masa yg sama tak berhenti terus memberi pada yg memerlukan...insyaAllah...

mode : muhasabah diri : marah pada diri sdiri yg wpun dh berjaya meminimakn perbelanjaan di bazar2 Ramadhan tapi masih gagal memastikan semua yg dibeli habis dimakan .... kecewa.. ;(

just nk share : a review on Sapura Idol in NST...jemput jenguk sapura idol

Thursday, July 26, 2012

~::RamAdHan :: Ia BukaN SekAdaR TidAk MakAn ::~




assalamualaikum,ollssss....
akhirnya server kt school ni dah ok....
baru je rectified..just before the school hours ended just now...eheheeh!!!
yelakn..sempat tak sempat pn sy mmg byk on9 kt school compared to kt rumah..klau kt school xleh nk on9 mmgla xbyk yg dpt dibuat...smalam langsungla..saya ke mana miss lappy ke mana,huhuhuh!!ngan my 2 lil fairies..buat ape nk on9 beria kn...dorang lebih menghiburkan,kihkihkihkih!!!

okayla,paham2 jela klau dh servernya baru ok..bnyakla workload yg KIV perlu disettlekn ASAP..
so,xbanyak yg sempat saya share hari ni...

okayla,ollssss...
nanti2 kita catch up ye :))
take care...
selamat berbuka & berterawih :))

Wednesday, July 25, 2012

~::SoLAT SunAT TarAWih::~


Latar Belakang Tarawih 
menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.



Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Solat sunat39.gif

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Tuesday, July 24, 2012

The ArT Of SciEnCe In PhOtoGrAPhY :)

assalamualaikum,ollllsss.....
layankan jela gambor my beloved students...inila jadinya bila diorang dapat conquer my dearly miss lappy :))
apepun, wishing them the best of luck in their trials... :))
semua duk pakat sedih tadi after they had the post mortem on their BM Pemahaman today.....
hope they'll feel better lepas ni :))


















~:: IfTar At SamBAL BIniKu ResTAurAnT @ DamaNSaRa PerDana ::~

assalamualaikum,oolsss...
hari ni sekali lagi saya post new entry waktu tengah bertuition...
klau semalam mmg terover  skit kebizian..hari  ni berkurangla skit..cuma still tak dapat jugak nk blogwalk and update blog gara2 server yg down drpd pagi semalam belum lagi rectified..
sunyila we ollsss dari surfing activities :(

agak stressed jgk sebab keje yg dh sedia menimbun jadi makin banyak plak yg pending..especially email to parents...skali lagi hri ni nak kena hntar dari rumah :(

okayla,enough bout keje yg memang takkan habis and became worse bila2 ada technical problems plak yg mencelahkn..
jom cerita pasal santapan berbuka petang semalam...

bulan Ramadhan saya tak bnyk beza dr segi schedule sbab saya tak cancel tuition classes saya so mmg almost everyday saya akan berbuka dalam kereta on my way home ....
sedih...??alhamdulillah tak pernah lagi rasa mcm tu...mungkin sebab dh terbiasa...dh few years i go through the same thing...
dan mmg kebanyakan masa akan berbuka kt luar atau beli kt bazar klau sempat...

klau ada peluang plak,dapat makan and masak kt rumah..of coursela yg masak tu mr papapapito :))

tapi petang smalam, sy fetched anak2 pn dh kul7 so kbetulan mr papapapito habis keje kul 8, maka saya singgah je beli kueh skit kt bazar yg dekat ngan school anak2,brbuka sambil drive,eheheh!!
then  we ollsss jump je kt 1 restoren yg dekat ngan rumah...

namanya agak lucu tapi the food quite okay...
ada banyak varieties jugakla tapi both of us velum terasa nk makan nasi so we ordered 2 jenis kueyteow je..satu pedas satu tak pedas..boleh suapkan ke my 2 lil fairies :))
 kuey teow tomyam

kuey teow kungfu  

dah kenyang, balik rumah ini jela keje kanak2 ribena berdua ni...

tiba2 angin rindu datang :))
tak sabar nak fetch dorang jap lagi and dengar segala report dari eechaa pasal semua activities dia kt school hari ni..

okayla,ollsss...
selamat berbuka & berterawih :)





Monday, July 23, 2012

~:: HonEy LeMonAdE::~


 assalamualaikum,ollssss....

uhuhuh!!!bznya hari ni!!!dengan 1st day puasa pada hari bkerjakn....u ollsss mcmna??harap[2 ok2 je semuanya....rindu gilerrrr kt blog..mintak ampun ky u olssss semua since hri ni sgt tak sempat nak blogwalking ..tinggalkan jejak kt u olllsss pnya blog....
nipun curi2 update jap smbil tuition class ngan my twin students :))

gambar kt atas tu gambar minuman yg dh terselit sebagai routine since last week..mula2 tu mr papapapito tolong buatkan sbb ada 1 hri tu i was suffering badly from sore throat...then dh jadi macam addicted plak..tapi takpela kotkn...sangat sedap and nutiritious.. :))

apepun...wkend lepaskn balik Lipis..sambut puasa ngan my parents and siblings semua...
langsung tak sempat nk bukak lappy or Ipad...penuh ngan activities mengemas rumah baru my parents and catching up all the updates pasal my siblings of course :))

nasib baik on Friday smpat sparekan a few auto published :) takla sunyi sangat blog usang ku nikn :))

anywayss....jom layankan gambor2 weekend prtama our Ramadhan :))
 rajin kakak melayan and babysitting Que..sambil mama tokmi and anyah masak2...
and oh Que...sangat suka makan biji durian...
antara juadah ...simple yet appetizing ..sangat:)


ikan bakar dalam process :)))



bila eecha shopping tudung..ginila jadinya...nmpak gaya dia brkenan sgt ...bolehla nanti padankan dengan baju kurung yg dah jahit guna kain yg Tokmanya bagi :))
 my 2 lil fairies berwindow shopping...comel plak kasut yg eechaa tried tukn..tapi takde plak size dia...
que yg mmg over,...kt mane2 pn nk melasak jgk ...

kat mane2 pun mmg cannot stop her from playing this......



okayla,ollssss....
selamat berbuka & berterawih :)

take care :))







~:: RAmaDhaN .... OuRs And TheirS ::~



astaghfirullahhh......

jom sama2 kita perbaiki mana yg terdaya..jom sama2 kita menghulur ape yg termampu...insyaAllah

Sunday, July 22, 2012

~:: FooD FoR D SoUL :: MenEguR HatI ::~





BERPAHAT HATI MENEGUR DIRI..

sakitnya hati bila ditegur
geramnya naluri bila sedar itu benar
dan yang benar itu sakit
yang benar itu terluka..
darah mengalir merah pedih dan sakit sekali
bagai terkena racun sembilu

diam tapi engkar dalam alasan
akuan dijiwai bukan khilaf dan silap menduga
supaya hati jadi lunak lembut dalam restu diri
sungguh tersirna segala kehendak mampu terima

bukan tersilap ,hanya masih bertanya dimana salah diri
bukan khilaf ,hanya hati akur akan kehendak hati
bukan tersasar ,hanya DIA terus menguji
sebenar kata sehalus bicara ,terungkap rahsia,penuh misteri

itulah fananya dunia...
tuk dihadapi penghulu bumi
buka tuk suka-suka atau lakonan mimpi
tapi tuk menilai siapa miliki jati diri

apa yang dikata ,,apa yang di kota
peribadi menunjuk personaliti sendiri
tingkah melambang budi pekerti
bahasa membawa jiwa,sopan berbudi
segalanya belum pasti..
usaha tuk bebaskan diri walau terbelengu....
mencuba mencari dimana noktah,yang satu
ingat diri boleh menentang suara hati yang menderu

hakikatnya semua salah khilaf belaka
tetap resah semakin mendesah tak suka..
hati terus berdarah mengalir parah terluka
deras airmata mengalir ,terus di seka...

berserah diri setelus hati
berkorban rasa setegar naluri
terkujur rebah ,bangun sendiri
hanya segalanya bukan mimpi.

............sama2 renungi kekhilafan diri......
......satu jari menuding.......empat jari memandang diri.....

Saturday, July 21, 2012

~:: RamAdhAN KAreEm::~




assalamualaikum,ollssss...




Here’s wishing you all the best wishes and Ramadan Karim.
This is the time to catch up with family, friends and well wishers and immerse yourself in a festive mood.
Have a blast and have a great time.
Time to patch-up
Time to let go of your egos
Time to smile
Time to celebrate
Time to fast
Time to binge
Time for everything…
Make yourself a good one.
Ramadan Mabrook!


Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga ibadah puasa ini dpt membantu kita menjadi muslim yg lebih baik.
Semoga hidup kita diredhai Allah S.W.T insyaallah....panjatkan syukur kerana kita diberi peluang bertemu dengan Ramadhan lagi tahun ni...tahun depan tak tahu lagi...
dikesempatan ini jugak nak mintak maaf kt semua pengunjung & pengomen tegar 2LilFaiRieS...seandainya ada kata2 atau perbuatan saya yg pernah menyinggung perasaan kalian ....
semoga hidup kita semua terus diberkati ..insyaAllah..





Friday, July 20, 2012

~ChEck LisT Of RamaDhaN ::~



assalamualaikum,ollssss....

saya dh  nak gerak balik ke Lipis...
just nak share a good check list for us to refer spanjang Ramadhan ni...just saw it on my fren's FB wall just now....

bye,take care :))