background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Thursday, August 9, 2012

~:: cOunTiNG aHeAd :: LaILaTuLqaDaR ::~







assalamualaikum,oollllssss....

alhamdulillah..alhamdulilllah..alhamdulillah..sama2 kita panjatkan syukur kehadratNya yg masih sudi membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan last phase of Ramadhan...

sungguh sayang rasanya andai kita terus hanyut dan trlepas segala keberkatan Ramadhan terutamanya waktu2 climax macam nikn...

saya sendiri banyak sungguh terleka  ;( terutamanya bila punya anak2 kecik,dengan Que masih BF..saya trlalu cepat penat...kadang2 waktu menyusukan dia..dengan saya sekali akan trbabas..sudahnya solat Isya & terawih kerap di akhir waktu ;(

di akhir2 Ramadhan ni lumrahnya jumlah jemaah terawih di masjid2 juga semakin berkurangan..pastinya dengan pelbagai kekangan dan alasan...ape lagi yg masih belum sudah2 membuat persiapan raya..tambah2 lagi bila dah ada anak2kn...seboleh2nya  nak semuanya baru & lengkap...tak mahu nanti anak2 rasa kekurangan -...kerananya kebahgaian kita trletak pada senyuman riang anak2..sampai kita hampir terlupa...bulan yang sepatutnya kita bajai dengan amal ibadat & kesederhanaan...kita hiasi sebaliknya dengan pembaziran,riak & takbur...hrmmmmm...nauzubillah...(sekadar peringatan untuk diri sendiri).... semoga kita semua mampu mengelak & mendidik diri supaya tidak trbawa2 dengan kebiasaan yg sebegini..amiinnnn....

apepun, having said that now we are entering the last 10 days..sesuatu yg moga dapat sama2 kita manfaatkan adalah malam  yg bakal membuatkn hidup kita will be blessed so significantly :))

MALAM LAILATUL QADAR :))



Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah Malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.



Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada  Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi  1000 bulan atau 83 tahun umur kita. Teringat ketika waktu sekolah dahulu, sentiasa tertungu-tunggu bilakah malam lailatul qadar tiba,setiap malam kami bergilir2 bangun menghidupkan ihyaullail dengan berterawih, bertahajjud, berqiamullail, bertadarrus semuanya bersama2....rindunya suasana itu..rindu sungguh...rindu....


okayla,olllsss..semoga sama2 kita manfaatkn perkongsian ni..janganla u olllsss pandang pada siapa saya yg berkongsi maklumat penting ni...pandangla cuma pada maklumatnya..kerna yg banyak kekhilafan itu adalah saya,bukan pada ilmu yg cuba saya kongsikan..walllahualam :))



selamat berpuasa, berbuka & berterawih..
take care :))

3 comments:

Anum said...

sama-sama kita nantikan

Yaya Azura said...

info untuk bertemu lailaitulqadar tu sangat bermanfaat..thanks...
semoga kita berpeluang untuk bertemu malam lailatulqadar...amin....

pinky said...

Tq for info...sama2lah kita nantikan mlm tu ya...=)