background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Monday, April 16, 2012

~:: HabbAtusSauda aka BlaCk SeeD aka NigELLa SaTiva ::~



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda 

dalam hadithnya yang dikutip dari 

kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah 

Habbatus Sauda' kerana di dalamnya 

terdapat sejenis ubat dari segala 

jenis macam penyakit kecuali As 

Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)


assalamualaikum,oollllsss....

moga ceria2 je semua hari ni,eh...saya tiba2 pagi2 tadi rsa bersalah sbb tgh2 ber'skype' ngan my bestie EG..dia tuntut janji saya nk cerita pasal khasiat habbatussauda :)

tak baikkn saya ..terlupa janji..ampuunnn..

kisahnya last week kot saya uploaded gambor habbatussauda oil in capsules yg saya amalkan sejak lepas bersalinkn Eechaa ..peknenkn Que smpaila skang...

apa yg bagusnya habbatussauda ni?
nti saya sharekan,ye...yg sbnarnye sy dapat tau pasal habbatussauda ni msa trcari2 solution utk maintainkn production susu utk EEcha time tu..sempatla saya cuba macam2 sampai saya jumpa Habbatussauda ni..kesannya mmg sangat ketara..namun Allah dh takdirkan saya xdapat susukan Eecha dgn breastmilk smpai umur 2 thun atas faktor berjauhan... tak payahla citer lagi..akan mengundang kesedihan & rasa ralat di hati...


so bila menyusukan Que saya continue consuming it to maintain production & sekaligus quality susu..untuk Eecha plak sy kdg2 campur dlm air minum atau mkanan...alhamdulillah...anak2 mmg jarang jatuh sakit..syukur sangat...takde ibu bapa yg nak tgk anak2 tak sihatkn?datangla ape juga dugaan lain..janganla di duga  dengan kesihatan anak..nauzubillah...

okayla,ambik kesempatan ni utk share sumthing yg insyaAllah beneficial utk all of us :))


Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Banyak kajian telah dijalankan keatas habbatus sauda. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:
  • untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
  • membantu merawat batuk dan asma
  • kencing manis
  • selsema
  • keguguran rambut
  • tekanan darah tinggi
  • masalah untuk tidur
  • sakit-sakit otot dan sendi
  • rasa loya dan muntah
  • mengurangkan kolesterol
  • merawat batu karang dan sebagainya.




ni gambor habbatussauda in capsules jgk 
 ni dia rupanya yg belum diproses


yg saya makan yg ni..HPA product :)



 yg ni pn bentuk capsules yg saya beli kt Darussyifa... saya amalkan sapu pada Cik B..so it goes direct to Que during direct feeding :))





Diantara kajian-kajian yang telah di buat:
  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bahawa Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.








insyaAllah...sama2 kita amalkan,ye...:)

pen-off here...take care :))


QA's mama papa's footnote : sedikit testimonial...sahabat yg saya ceritakan ttg anaknya dlm entri ni... they-need-us
turut amalkan Habbatussauda ni..alhamdulillah...anaknya mmg sangat2 berbeza kedaannya skg..sangat sihat & improving :)
trkenang saat dia admitted di NCU Institut Pediatrik HKL
skarang membesar bagai johan,ngeheheheh!!!syukur3 :)

2 comments:

KhaiRin : anies said...

br2 ni bos sy beri myk habbatussawda d campurkn dgn madu dan perahan limau krn kami selsema.alhamdulillah lps sehari kami da cure...

tq 4 sharing

Iena Eliena said...

thanks follow cik iena
follow sini balik