background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Friday, December 7, 2012

~:: UsEfUl TipS * TraVeL By PlaNe WiTh LiTtLe OneS ::~



assalamualaikum,olllsss...
 at this very moment..the moment u olllsss are reading bebelan hampehhh saya ni..
my lalllingggsss & I are in a short journey to a pretty far place :)
ke pangkuan my beloved in laws kekdahnya ,eheheh!!!

2 pics above to represent Eechaa's expression almost every time we olllsss brjalan jauh...
jap monyok jap happy,eheheh!!!
and soalan yg sangat femes di tuturkan bibir mungilnya..
"jauh lagi ke nak sampai,papa?"
ehheh!!

utk perjalanan kali ni,saya sempat googgled on some tips and i found this helpful tips yg mungkin boleh sama2 pita praktikkan :)

*copy paste je dr sweet honda,
thanxs ye,sis :)*

Tips # 1 - Sebelum menaiki kapal terbang, pastikan anak-anak anda semua telah selesai 'membuang' apa-apa yang patut. Tukar diapers, yang dah besar sila la kewashroom. Pastikan mereka selesa dan anda tidak perlu susah-susah untuk menemani anak anda ke toilet kapal terbang nanti. Si manja anda pun pasti selesa biladiapernya kering sekering-keringnya!

Tips # 2 - Pernah tak anda mengalami 'sakit telinga' apabila kapal terbang berlepas dan mendarat? Tak pernah? Kalau tak pernah anda memang bernasib baik. Tapi bagi yang pernah merasainya pasti tahu betapa 'azab'nya rasa tekanan kat telinga kan? Tips saya; saya akan membelikan anak-anak yang sudah besar sebiji lolipop setiap seorang. Jadi apabila mahu berlepas saya akan berikan pada mereka (dan mereka mesti sayang saya lebih2 sebab saya sangat jarang berikan junk food pada mereka *hehe) untuk mengelakkan mereka mengalami tekanan di bahagian telinga tu. Bagi bayi yang masih kecil, anda boleh direct feeding masa ni.

Tips # 3 - Untuk mengelakkan anak berasa bosan (dan tidak membuat sesuatu yang diluar jangka; menjerit2 sesuka hati atau bergaduh sesama sendiri *phew*) anda boleh sediakan mainan kegemaran ataupun bahan bacaan ataupun buku mewarna beserta colour pencil sekali. Bagi yang mempunyai ipad dan yang sejenis dengannya, anda boleh cas bateri penuh-penuh dan tayangkan rancangan kartun kegemaran anak anda.

Tips # 4 - Apabila anak ramai, saya akan berusaha meminimakan barang-barang yang perlu dibawa ke kabin. Jadi, sediakan 1 bag sahaja. Saya memang tak bawa handbag kalau ada 'handbag' kecil (baby saya la tu *hehe). Pastikan dalam beg tu ada diapers untuk si kecil, baju tukar untuk anak-anak yang besar sikit, botol air anak atau apa-apa sahaja yang mungkin diperlukan. Suami saya adalah penyelamat saya. Semua barang-barang yang diperlukan semua disumbat ke dalambagpacknya. Senang hati saya. *Hehe



source :http://sweetbonda.blogspot.com/2012/10/tips-menaiki-kapal-terbang-bersama-anak.html

6 comments:

Anum said...

moning sis

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam..
morning kak.. hi echa yg comelss! ^_^

huhu..cma xpernah lg nek airplane..
blh dijadikan panduan ni..
tq for sharing :)

insan_marhaen said...

Akak pernh rasa sakit telinga masa kapal nak mendarat...berair mata.....

Jahirah said...

wah excited je muka dia...

Ratu Hatiku said...

Wah bagus nie...tq for sharing

Ira said...

kalau ada anak kecik, handbag kita segala macam benda ada.. hehe..