background

~:: JoM SaMa2 KiTa ::~

~Jom KLiK Cni ~

Wednesday, November 14, 2012

~:: SaLaM MAaL HijRaH 1434 ::~


Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.Selamat Tahun Baru.





assalamualaikum,olllsss...
salam Maal Hijrah :)
semoga kedatangan tahun baru ini menjadikan kita hamba yg lebih beriman kepada Nya,amiinnnn :)
doa kt atas tu dikatakan tidak merupakan sebahagian sunnah Rasulullah,..mungkin ada benarnya..wallahualam.


tak berani plak sy nk komen sbab trsangatla ceteknya ilmu agama ape lagi brkaitan sunnah & hadith.
yang penting sama2la kita menanam azam utk mnjadi yg lebih baik dr sebelumnya,..sama2 kita pohonkan keberkatan & keredhaanNya,insyaAllah :)

apepun,ahlan wasahlan 1434 H.
untuk 5 tips 'penghijrahan' yg baik jemput click ke instagram milk my schoolmate ni :) 

blog beliau jgk byk mberi insiparsi,insyaAllah :)


footnote : teringat plak kenangan masuk pertandingan nasyid kt sekolah dlu sempena maal hijrah :) u olllsss ingat??jom sama2 kita nasyid jap.. eheheh!!






Kelebihan Bulan Muharram 

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) 

3 comments:

munna said...

salam maal hijrah juga......

Anum said...

Selamat Menyambut Tahun Baru

☾SHiemaCMa786☾ said...

terima kasih utk perkongsian..
salam maal hijrah kak